Kerajaan boleh sekat laman judi online seperti laman web lucah, SKMM tak tegas- Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh menyekat semua rangkaian (link) atau laman web judi atas talian sebagaimana mereka menyekat ribuan laman web lucah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun menurut Zahid, SKMM bertindak tegas membanteras isu judi atas talian sedangkan rangkaian internet dikawal oleh kerajaan.

“Saya juga membaca kenyataan SKMM bahawa pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap iklan judi terbabit.

“Itu bukan jawapan yang tegas daripada SKMM.

“Selama ini SKMM bersama pasukan cybertroopers (tentera siber) begitu tegas dengan komen-komen panas. Sepatutnya cybertroopers yang diupah membentuk masyarakat jangan berjudi,” katanya.

Menulis di Facebook pagi ini, Zahid berkata, SKMM perlu memberi jawapan tegas akan membasmi sepenuhnya aktiviti judi atas talian.

Katanya, ini susulan kedegilan syarikat judi yang meneruskan aktiviti biarpun pelbagai operasi sudah dijalankan.

“Ada juga alasan syarikat menggunakan cip yang berpangkalan di luar negara,” katanya.

“Bukankah begitu? Masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat