Apple bakal perkenal generasi iPad baharu Selasa ini

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple bakal mengadakan acara pertamanya untuk tahun ini yang bertemakan ‘Spring Loaded’ pada Selasa ini.

Ia adalah majlis pertama untuk Apple bagi tahun ini sekali gus menjadi platform pengenalan peranti baharu untuk pengguna.

Berdasarkan garis masa pengeluaran peranti, Apple dijangka akan memberi nafas baru kepada beberapa siri peranti pintar mereka.

Ia termasuk iPad Pro yang akan menampilkan saiz peranti untuk  11 inci serta 12.9 inci termasuk pengenalan iPad Mini dengan paparan LED baharu.

Bagaimanapun, wujud khabar angin bahawa Apple akan memberi nafas baru kepada iPad Pro mereka dengan penawaran skrin yang lebih besar.

Tumpuan juga terarah kepada penggunaan cip pemproses untuk siri iPad Pro berkenaan dan mungkin Apple akan menggunakan cip baharu untuk peranti berkenaan.

Selain iPad Pro, antara yang mungkin diperkenalkan adalah Airtags untuk peranti fizikal peranti petunjuk yang mempunyai fungsi sama dengan ‘Find My Apps’.

Peranti lain yang akan ditunggu-tunggu adalah iPad Mini serta Airpods 3 untuk pengguna.

Pastinya Apple akan terus berteka teki untuk pelancaran peranti baharu mereka termasuk perkakas yang ditunggu-tunggu iaitu set kepala realiti maya (VR).

Harian Metro

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Khatam Al-quran Perdana

RAMADAN tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Umat Islam seluruh pelusuk dunia kini berlumba-lumba melakukan pecutan akhir dalam melipatgandakan amalan pada 10 malam terakhir...

Boleh ‘shooting’ masa PKP

Kuala Lumpur: Aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini dan esok dibenarkan, namun syarikat produksi perlu membuat permohonan Sijil...

Siapa bakal jadi Superman kulit hitam?

Los Angeles: Buat julung kalinya, filem Superman akan datang bakal menampilkan watak utama dan pengarah berkulit hitam, manakala skripnya ditulis Ta-Nehisi Coates yang juga...