Suara UMNO keutamaan Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Apa saja keputusan kita dalam Kabinet, saya akan pastikan pandangan dan suara UMNO diberikan keutamaan,demi menjaga kepentingan rakyat”.

Itu jaminan yang diberikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri menegaskan bahawa dirinya merupakan anak jati UMNO justeru pegangannya terhadap parti berkenaan tidak akan berubah.

“Jati diri saya adalah jati diri UMNO. Siapalah Ismail Sabri tanpa tuan-tuan dan puan-puan. Sebab itu saya tidak akan membiarkan obor perjuangan UMNO malap, tapi terus menyala dan membakar semangat perjuangan kita bersama.

“Bertenggek di sena burung kenari, Nampak mega di tepian merbah, Berdiri di sini Ismail Sabri, Pegangan utuh tidak goyah, tidak berubah,” katanya.

Ujarnya, tanpa sokongan ahli UMNO beliau tidak akan dapat berdiri sebagai Naib Presiden di atas pentas PAU 2021, pada hari ini.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada barisan kepimpinan UMNO termasuklah Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mencalonkannya sebagai Perdana Menteri.

“Terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, Ahli-Ahli MKT dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang sebulat suara mencalonkan saya sebagai Perdana Menteri, disokong oleh kepimpinan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan.

“Benar seperti yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, “Kerajaan dan Parti harus seiring jalan.”Dokongan dan sokongan pucuk pimpinan parti kepada Jemaah Menteri UMNO akan kami buktikan bahawasanya UMNO-lah satu-satunya parti yang terbukti menjaga kepentingan agama bangsa dan tanah air serta kebajikan Keluarga Malaysia,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat