Polis Sedang Berusaha Jejaki Muhammad Sajjad

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis sedang menjejaki usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang belum menyerah diri selepas diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya kini sedang mengesan Sajat untuk diserah kepada JAIS.

“JAIS sudah minta bantuan polis untuk kesan dia. Kita sedang berusaha menjejakinya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

1 Mac lalu, polis menyatakan kesediaan menjejaki usahawan kosmetik itu yang menghilangkan diri sejak Februari lalu.

Pada 23 Februari lepas, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Sumber memberitahu, Muhammad Sajjad dipercayai bersembunyi sebaik sahaja waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Sumber berkata, Muhammad Sajjad dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan JAIS dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.

Malah, pemeriksaan JAIS di rumahnya di Kota Damansara pada 27 Februari lalu mendapati usahawan kosmetik itu tiada dan didakwa sudah lama tidak pulang ke kediamannya.- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat