UPNM bukan tempat buangan, sisih panglima tiga bintang – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menolak dakwaan kononnya jawatan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menjadi “tempat buangan” panglima tiga bintang tertentu dalam angkatan tentera.

Menjawab soalan Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) Khaled berkata, pelantikan ke jawatan kritikal itu dilakukan secara strategik bagi meningkatkan keupayaan intelektual pertahanan negara melalui pendidikan.

“Pegawai yang dilantik ke jawatan ini bukan saja memiliki pengetahuan, pengalaman dan kepakaran tinggi, tetapi juga mempunyai tempoh perkhidmatan panjang sebagai asas penting untuk memahami budaya organisasi dan seterusnya merancang hala tuju strategik pertahanan,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Panglima Angkatan Tentera ke-20,Tan Sri Zulkifli Zainal, juga pernah berkhidmat sebagai naib canselor UPNM.

Menurutnya, pelantikan naib canselor UPNM diputuskan Majlis Angkatan Tentera dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Ikmal, bekas timbalan menteri pertahanan, bertanya apakah benar dakwaan jawatan naib canselor UPNM kerap dijadikan “tempat buangan” untuk menyisihkan panglima tiga bintang jauh daripada “orbit kepimpinan” dalam angkatan tentera atau Kementerian Pertahanan.

Kes buli pegawai kadet UPNM menjadi tajuk berita sejak beberapa tahun lalu, termasuk kematian pegawai kadet laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Zulfarhan dipukul rakan sebayanya tanpa henti selama dua hari, dari 21 hingga 22 Mei 2017 kerana didakwa mencuri komputer riba yang tidak pernah ditemui.

Pada Julai 2024, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas pelajar UPNM yang didapati bersalah membunuh Zulfarhan, membatalkan hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya. Kes itu kini dalam rayuan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat