Terengganu bakal miliki hab bina pesawat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terengganu bakal memiliki hab pembinaan pesawat susulan kerjasama dengan sebuah syarikat, Putra Aerospace Industries (PAI) yang berminat melabur dalam industri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ketika ini, perbincangan awal masih berjalan untuk projek tersebut dimulakan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, dekat sini.

“Projek ini dahulunya pernah dicadangkan di tempat lain sebelum Covid-19 berlaku, namun disebabkan beberapa masalah yang timbul, saya mencadangkan ia dibawa ke Terengganu.

“Syarikat itu akan bekerjasama dengan syarikat induk dari China melibatkan pemasangan banyak komponen pesawat dan pembinaan pesawat baharu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 di Kuala Terengganu pada Rabu.

Ahmad Samsuri berkata, proses seterusnya ialah kebenaran daripada kerajaan negeri untuk penggunaan tanah di lokasi tersebut, lapor Utusan.

Katanya, kerajaan negeri menjangka keputusan hasil perbincangan boleh dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan lagi seterusnya membuat pengumuman rasmi dan majlis menandatangani memorandum persefahaman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat