China diingatkan tidak melampau, hantar helikopter ancam pesawat Filipina di Laut China Selatan

- Advertisement -

MANILA – Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan ‘berbahaya’ sebuah helikopter tentera laut China yang mengancam keselamatan pesawat kerajaan Filipina ketika melakukan rondaan di sebuah beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Duta AS ke Filipina MaryKay Carlson dalam hantarannya di platform X turut menggesa China ‘jangan bertindak keterlaluan’ dan menggunakan paksaan, sebaliknya menyelesaikan pertikaian secara aman mengikut undang-undang antarabangsa.

Filipina, pada lewat Selasa, menyatakan ia ‘amat terganggu’ dengan tindakan penerbangan tentera laut China yang disifatkan sebagai ‘tidak profesional dan melulu’ serta akan mengemukakan protes diplomatik.

Pengawal pantai Manila berkata, helikopter tentera laut China telah melakukan penerbangan berbahaya apabila terbang terlalu hampir dengan pesawat kerajaan yang menjalankan pemantauan di Beting Scarborough, sekali gus membahayakan nyawa juruterbang dan penumpangnya.

China menafikan dakwaan Filipina itu dan menyatakan pada Selasa bahawa pesawat berkenaan telah ‘menceroboh secara haram’ ruang udaranya serta menuduh negara jirannya di Asia Tenggara itu menyebarkan ‘naratif palsu’, lapor Reuters.

Dinamakan sempena sebuah kapal British yang terkandas di atol tersebut hampir tiga abad lalu, Beting Scarborough adalah antara kawasan maritim yang paling dipertikaikan di Laut China Selatan, di mana Beijing dan Manila kerap bertelagah.

“Filipina mempunyai kedaulatan dan bidang kuasa yang tidak dapat disangkal ke atas Bajo de Masinloc,” kata majlis maritim negara itu dalam satu kenyataan, merujuk beting terbabit.

China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, laluan perairan penting perkapalan membabitkan nilai dagangan lebih AS$3 trilion (RM13.3 trilion) setahun, yang menyaksikan tuntutan bertindih dengan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Satu keputusan timbang tara pada 2016 telah membatalkan tuntutan meluas China, namun Beijing tidak mengiktiraf keputusan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat