Polis Siasat Ukiran Wajah Mao Zedong di Semenyih, Tiga Saksi Dipanggil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan tiga saksi berhubung kontroversi batu yang diukir dengan wajah bekas Pengerusi Parti Komunis China, Mao Zedong, serta puisi berideologi komunisme di sebuah kawasan memorial di Semenyih, Selangor.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun mengenai perkara itu pada Ahad lepas.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis ke atas aduan itu secara menyeluruh, termasuk satu video tular berdurasi dua minit 12 saat di dalam media sosial TikTok yang membahaskan isu berkenaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat, Ahmad Rahmat Adnan, di talian 014-5156933.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita mendedahkan keberadaan batu yang terukir dengan imej Mao Zedong serta puisi yang dikatakan berunsur komunisme dan mengangkat tokoh itu sebagai pemimpin hebat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat