Lelaki Berpakaian Wanita di AJL39 : ‘Saya amat kecewa’ -Fahmi Fadzil

- Advertisement -

Cyberjaya – Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar garis panduan penyiaran, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menurut beliau, kegagalan mematuhi garis panduan serta syarat lesen boleh membawa akibat kepada pihak yang terlibat.

“Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan OCBC Premier Private Client Centre di Bangsar, hari ini.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, mengulas kontroversi berhubung kehadiran beberapa lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), yang disiarkan secara langsung pada Ahad lalu.

Beliau menzahirkan kekecewaan terhadap insiden tersebut dan menegaskan bahawa pihak stesen televisyen terbabit sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan penyiaran.

“Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu, dan mereka membenarkannya, ini tidak baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan segera berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, JAKIM akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan serta mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan bimbingan dan nasihat.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat