Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama TMJ

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di majlis makan makan malam bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Anwar dalam catatan Facebooknya berkata, beliau amat menjunjung kasih atas kesudian TMJ untuk berbincang mengenai soal negara dan negeri Johor.

“Bertemu Tunku Mahkota Johor.

“Satu setengah jam bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Menjunjung kasih atas jamuan makan malam dan kesudian berbincang soal pembangunan negara serta negeri Johor Darul Ta’zim.” ujar Anwar.

Jelas Anwar lagi, beliau amat terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Selasa telah mengadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Yang Amat Mulia, Che Puan Khaleeda Bustamam membincangkan pembangunan menyeluruh yang amat diperlukan Johor dan Malaysia.

May be an image of 3 people, people standing and indoor

Najib juga membincangkan mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong pula diberi perkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas pertemuan bersama Najib Razak.
May be an image of 2 people, people standing, people sitting and indoor
Chin Tong berkata, beliau menjunjung kasih atas perkenan Tunku Mahkota Johor menerimanya menghadap pada petang tadi, selaras dengan siri pertemuan Tuanku dengan para pemimpin parti-parti politik untuk mendengar pandangan mereka.
“Tunku Ismail nyata mempunyai wawasan yang baik untuk masa depan federalisme Malaysia.
“Impian DYAM Tunku Mahkota Johor ialah untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri diberi peranan yang lebih besar, terutamanya dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pembangunan ekonomi.” ujar melalui catatan Facebooknya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat