Penyejuk MSI MAG kekal tahap suhu minimum

Jenama perkakas terkemuka, MSI memperkenalkan pelbagai variasi sistem penyejuk cecair semua dalam satu (AIO) serta penawaran prestasi yang baik.

Pengguna desktop hari ini lebih gemar untuk memilih sistem penyejuk cecair berbanding penyejuk udara memandangkan prestasi penyejukan yang lebih baik untuk pemproses.

MSI MAG CoreLiquid 360R adalah contoh AIO dalam kelas terbaik kerana menawarkan suhu CPU pada tahap paling minimum walaupun ketika prestasi penuh (full load).

Kebanyakan AIO yang berada di pasaran mempunyai konsep ‘pam penyejuk kepada blok CPU’ namun untuk penyejuk cecair MSI ini menggunakan pendekatan baharu.

Pendekatan baharu ini menggunakan konsep ‘pam terbina radiator’ sekali gus mampu memberikan kesan penyejukan CPU yang lebih baik berbanding konsep konvensional AIO yang berada di pasaran pada waktu ini.

Penulis melakukan ujian terhadap MSI MAG CoreLiquid 360R dan secara keseluruhannya AIO ini boleh duduk sebaris dengan pengeluar AIO premium antaranya NZXT.

Untuk CoreLiquid 360R ini, ia dilengkapi dengan radiator 360mm bersama tiga kipas termasuk logo rasmi MSI iaitu ‘Naga Merah’ di bahagian kepala pam penyejuk.

Ia juga menyokong sistem penyeragaman cahaya RGB yang boleh dibuat menerusi tetapan perisian Mystic Light menggunakan punca kuasa 3 pin 5v ARG atau menggunakan hab penyeragaman lampu RGB.

Menyentuh aspek spesifikasi, MSI MAG CoreLiquid 360R dilengkapi dengan tiga fasa pam motor dengan kelajuan maksimum 4,200RPM dengan bunyi kurang daripada 18 dBA.

Penyejuk ini dilengkapi dengan saiz kipas 120mm ‘bearing berkembar’ bersama talaan kelajuan untuk penyejukan 00 hingga 2,000 RPM yang dikawal oleh 4 pin PWM.

Untuk soket sokongan, MSI MAG CoreLiquid ini menyokong semua soket sedia ada antaranya soket pemproses Intel LGA1200 sehingga kepada soket AMD TR4 dan TRX40.

Penulis merasakan bahawa ia adalah AIO paling senyap pernah digunakan jika dibandingkan dengan jenama lain manakala suhu untuk spesifikasi penulis iaitu AMD Ryzen 7 3800X mencatatkan bacaan kurang 68 darjah Celcius bagi kepenggunaan penuh.

Ujian prestasi menerusi Aida64 juga memperlihatkan bunyi kipas yang senyap berbanding AIO lain yang pastinya pengguna akan terganggu dengan kelajuan penuh kipas penyejuk AIO.

Spesifikasi

Dimensi radiator: 394 x 120 x 27mm

Panjang tiub: 400mm

Kelajuan pam: 4,200RPM

Bunyi pam: Kurang 18dBA

Jenis LED: ARGB

Harian Metro

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Lega orang ramai boleh kembali ke panggung wayang

Kuala Lumpur: Berita kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang melegakan pengusaha susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)...

Jadilah penyampai radio bertanggungjawab

Kuala Lumpur: Penyampai radio dan penyanyi, Haiza Hanafi mengingatkan penyampai radio lain termasuk dirinya supaya sentiasa menjaga reputasi dan nama baik majikan dengan tidak...

Ini Antara Filem Menarik Yang Menanti Anda Di Pawagam Bermula 5 Mac 2021

Kami pasti bahawa anda semua semestinya teruja di saat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan semalam bahawa pawagam akan dibuka semula pada 5 Mac ini....