Nissa Sabyan perampas?

- Advertisement -

Jakarta: Penyanyi kumpulan Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan didakwa menjalin hubungan cinta dengan suami orang yang juga pemain keyboard kumpulan itu, Ayus.

Menurut laporan media Indonesia, pendedahan itu dibuat adik Ayus, Fadhila Nova yang mendakwa Nissa adalah orang ketiga yang mengganggu rumah tangga abang dan kakak iparnya, Ririe Fairus.

“Iya betul, orang ketiga adalah Nissa Sabyan. Nissa dan Ayus memang sedang bercinta dan mengaku saling mencintai di antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Nova, keluarga mereka juga sudah mengetahui mengenai kisah kecurangan abangnya sejak dua tahun lalu.

Kisah Nissa dan Ayus mula menjadi bualan ramai selepas Ririe memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Jakarta Utara, kelmarin.

Sehingga hari ini, Nissa dan Ayus terus mengunci mulut dan tidak tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan terbabit.

Sementara itu, pengurus Sabyan Gambus, Owan mengatakan pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung isu terbabit.

Kebanyakan netizen juga sudah menyerang Instagram Nissa dengan menuduhnya sebagai wanita perampas.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat