Zahid Harap Isu ‘Sandwic Ham’ Tidak Lagi Diperbesar

- Advertisement -

CYBERJAYA : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berharap isu penjualan sandwic ham di cawangan KK Mart di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesar. Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut.

Menurut Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH), tindakan pantas pihak universiti yang menutup dua premis di kampus itu adalah langkah yang wajar.

“Saya Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal menjalinkan kerjasama dengan JAKIM telah melakukan beberapa saranan supaya perkara menyentuh soal agama ini haruslah dielakkan.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesar kerana pihak rangkaian jualan runcit itu telah mengambil tindakan proaktif untuk menarik barangan itu dan mungkin ini satu kesilapan,kita harap ia satu pengajaran yang baik,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Isu ini timbul selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, pada 13 Januari lalu mengecam penjualan sandwic ham di KK Mart UM. Beliau mempersoalkan bagaimana produk dengan istilah “ham,” yang sering dikaitkan dengan daging babi, boleh mendapat logo halal.

Kenyataan tersebut mencetuskan reaksi daripada pemimpin DAP, Nga Kor Ming, yang menegaskan bahawa istilah ham tidak semestinya merujuk kepada daging babi. Dalam kes ini, sandwic tersebut menggunakan ham ayam yang telah disahkan halal.

Namun begitu, pengeluar sandwic tersebut, Shake and Bake Cafe Sdn. Bhd., didapati tidak mempunyai sijil halal rasmi untuk meletakkan logo halal pada bungkusan produk mereka.

KK Mart dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa logo rangkaian kedai itu telah digunakan tanpa kebenaran oleh Shake and Bake Cafe pada bungkusan sandwic berkenaan. Pihak mereka turut memberi jaminan untuk mengambil langkah lanjut bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat