Umno akan kalah PRU sebab majoriti Melayu tidak guna akal – Ahli MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan kalah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat kerana orang Melayu tidak menggunakan akal fikir mereka, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Nor Adam.

Menurut Lokman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi UMNO, majoriti orang Melayu enggan menyokong UMNO dan kerajaan kerana mereka tidak mahu menyokong DAP.

“Saya cakap terus teranglah, kalau berlaku pilihan raya ini, bungkus kita. Saya minta maaf cakaplah, saya agak kecewa dengan orang Melayu. Sebahagian besar orang Melayu, saya boleh kata lebih 50 peratus, hari ini mereka tidak menggunakan akal fikiran mereka. Mereka gunakan emosi.

“Hari ini kenapa mereka tak nak dengan kerajaan sekarang. Kerana kerajaan sekarang dalamnya ada DAP. Dia tak sedar dulu ada juga Cina, ada juga India. Tapi masa tu kita hidup 61 tahun, aman damai zaman BN ini, ” ujar Lokman ketika sesi temu bual bersama portal pro-kerajaan NRChannel jumaat lalu (17 Januari 2025).

Lokman juga menyifatkan UMNO tidak boleh berbuat apa-apa sekarang kecuali menyertai kerajaan Madani kerana lebih 90 peratus bukan Melayu menyokong Pakatan Harapan.

“Dalam keadaan UMNO lawan dengan PH, lawan dengan DAP, kita hanya dapat 30 peratus sokongan Melayu. At this moment apa yang kita boleh buat?

Lokman juga menyifatkan orang melayu tidak sedar kesilapan mereka menolak BN-UMNO pada 2018 dan melakukan sekali lagi pada 2022.

“Kalau orang melayu, melayu ni, dia menggunakan otak untuk berfikir. tidak ikut emosi. Dah buat silap 2018, (patut) 2022 dia betulkan kesilapannya. Tapi tidak. bukan masih sama, tetapi makin teruk.”

Lokman sebelum ini turut menempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh kerana mengkriktik kerajaan dan berhasrat mahu mencadangkan tindakan disiplin ke atas Akmal. – SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat