Rakyat akan terima manfaat Pemukiman Jemaah Menteri – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Seluruh Jemaah Menteri dan kepimpinan Tertinggi Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam Pemukiman Jemaah menteri 2024 akan berusaha sebaik-baik untuk menterjemah setiap inisiatif yang dirangka bagi memastikan rakyat benar-benar menerima manfaatnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyelarasan yang baik, sistem penyampaian yang berkesan dan kesepaduan antara kementerian adalah antara perkara yang ditekankan oleh Perdana Menteri sepanjang pemukiman ini berlangsung.

“Alhamdulillah, selesai sudah Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2024 selama 2 hari di Cyberjaya bagi merangka pelbagai strategi dan hala tuju baharu Kerajaan Madani.

“Saya amat gembira dapat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof dan Menteri-Menteri Kabinet yang lain bagi bersama memperhalusi dan membincangkan tentang polisi dan program Kerajaan yang akhirnya dapat memberikan nikmat kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Penyelarasan yang baik, sistem penyampaian yang berkesan dan kesepaduan antara Kementerian adalah antara perkara yang ditekankan oleh Perdana Menteri sepanjang pemukiman ini berlangsung.

“Insya-Allah, saya bersama-sama seluruh Jemaah Menteri dan Kepimpinan Tertinggi Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pemukiman ini akan berusaha sebaik-baik untuk menterjemah setiap inisiatif yang dirangka bagi memastikan rakyat benar-benar menerima manfaatnya,” ujar Zahid dalam kenyataan pada Jumaat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat