Jaga kualiti, gagal ujian kemasukan tak boleh rayu masuk MRSM – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelajar yang gagal Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi sesi 2024 tidak dibenarkan merayu untuk ke institusi pendidikan itu.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan MARA tidak boleh berkompromi soal kualiti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Maaf jika gagal dalam Ujian UKKM, memang tak dapat dibantu dan tidak boleh merayu kerana bertentangan dengan dasar dan polisi MRSM dan MARA.

“Kesian juga kepada pelajar tersebut untuk bersaing dengan pelajar-pelajar yang lulus UKKM.

“MARA tidak boleh berkompromi soal kualiti MRSM,” tegas Asyraf.

Menurut beliau, gagal ujian UKKM hanyalah gagal untuk memasuki MRSM bukannya pengakhiran kepada perjalanan yang masih panjang untuk menggapai kejayaan hakiki.

“Yang penting jangan pernah putus asa untuk berjaya,” nasihat beliau.

Pun begitu, Asyraf memaklumkan ada kekosongan yang diisi pelajar dalam senarai menunggu.

“Ada anak-anak pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu. Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak.

“Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25-30 peratus pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab. Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan.

“InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM-MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat