Air di Johor naik 25 sen kepada RM1.05 sen satu meter padu – Ranhill SAJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tarif baharu air di negeri Johor meningkat 25 sen kepada RM1.05 satu meter padu mulai 1 Februari akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd, Muhamad Faizal Aliar, berkata pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik itu sudah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan dikuatkuasakan oleh pihaknya.

Beliau berkata, sebagai satu-satunya operator bekalan air di Johor, pelarasan tarif air itu membabitkan peningkatan hanya sekitar 25 sen dengan kali terakhir pelarasan tarif air dikaji sembilan tahun yang lalu.

“Pelarasan tarif baharu air di Johor membabitkan daripada 80 sen kepada RM1.05 untuk satu meter padu bagi penggunaan dari 0 sehingga 20 meter padu.

“Bagi penggunaan 20 sehingga 35 meter padu pula naik kepada RM2.35 untuk satu meter padu daripada RM2 sebelum ini.

“Penggunaan air melebihi 35 meter padu pula berubah daripada RM3 kepada RM3.15 untuk satu meter padu, manakala kadar minimum bagi kategori domestik (meter individu) berubah dari RM7 kepada RM10.50.

“Bagi kategori domestik meter pukal pula, kadar rata berubah dari RM1.60 kepada RM2.55, manakala kadar minimum bagi kategori domestik (meter pukal) juga mengalami perubahan dari RM16 kepada RM25.50,” katanya dalam kenyataan.

Muhamad Faizal berkata, implimentasi pelarasan tarif air baharu itu dilakukan secara inklusif dan melalui penelitian terperinci supaya ia tidak memberi bebanan kepada pengguna domestik.

Katanya, hakikat era baharu perbekalan air memerlukan suntikan tarif air yang realistik dalam mendepani cabaran membekalkan air bersih supaya lebih berdaya maju.

“Pelarasan tarif air yang baharu ini memberi kesan positif kepada Ranhill SAJ untuk meneruskan inisiatif program penggantian paip lama selain penaiktarafan sistem bekalan air di Johor.

“Kami juga akan memperluaskan pemberian rebat air sebanyak 25 meter padu kepada penerima bantuan e-kasih dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta menampung kenaikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat