Hishammuddin kenang kepimpinan Onn Jaafar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengidolakan telasan kepimpinan datuknya, Datuk Onn Jaafar.

Onn adalah Pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya telah 59 tahun menemui pencipta.

Dalam hantaran di Facebooknya, Hishammuddin mencoret bahawa setiap yang beliau lakukan, segala cabaran yang beliau tempuhi, semua kebaikan yang beliau terima, inilah antara nama yang sentiasa segar di ingatan.

 “Kisah perjuangannya, cerita jatuh bangunnya, coretan sejarah kepimpinannya mengandungi seribu satu iktibar.

“Saya tidak pasti orang lain, tetapi saya sentiasa dan akan terus belajar serta mencari sebanyak mungkin teladan daripada insan hebat ini,” catatnya.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, hari ini genap 59 tahun pemergiaannya.

“ Beliau pergi ketika saya masih terlalu kecil.

“Yang tinggal hanyalah gambar-gambar lamanya yang akan terus saya tatapi; dan kisah hidupnya yang akan terus saya jadikan panduan dan inspirasi.

“Damailah di sana Atuk. Al-Fatihah,” ucapnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat