Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

- Advertisement -

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang ini akan dihabiskan untuk bermain permainan video.

Terbaharu, melalui muat naik yang dibuat pada hari ini, Burger King Malaysia telah mengumumkan sesuatu yang pasti akan menarik minat para pemain permainan video di Malaysia.

Tidak pasti adakah ini kerjasama terbaharu Burger King Malaysia dengan PlayStation, tetapi melalui ruangan komen, ramai pelanggan Burger King Malaysia yang sudah tidak sabar menunggu pengumuman yang bakal di buat pada 22.01.2021.

 

“Impian pasti akan jadi kenyataan. Nantikan,” tulis Burger King Malaysia di Facebook rasmi mereka bersama-sama dengan sekeping gambar dengan tulisan besar, “Akan datang”.

Teka teki apakah kejutan yang bakal dibuat oleh Burger King telah menarik ramai netizen. Ada yang menjangkakan bahawa Burger King akan memberi PS5 percuma kepada pelanggan yang bertuah.

Terdahulu, Business Insider melaporkan pada 16 Oktober 2020 yang lalu bahawa Burger King di Amerika Syarikat akan memberi 1,000 unit PS5 kepada 1,000 pelanggan yang bertuah.

Selain itu, laporan itu turut menyatakan bahawa pelanggan juga akan mendapat permainan video percuma seperti “Sackboy: A Big Adventure” atau “Demon’s Souls”, bersama dengan 1,000 kod untuk langganan PlayStation Now selama tiga bulan.

Tidak pasti sama ada perkara yang sama akan dilakukan oleh Burger King Malaysia, namun jika benar, ia pasti akan menjadi rebutan buat peminat PS5 di Malaysia.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat