Tak wajar serang konon Wilayah Persekutuan ditadbir Cina, Menteri di JPM dipantau Perdana Menteri – Fahmi

KUALA LUMPUR – Tidak wajar wujudnya serangan berhubung pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Timbalannya Datuk Lo Su Fui hanya kerana mereka berbangsa Cina.

Jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan pelantikan Hannah Yeoh yang menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menguruskan portfolio Wilayah Persekutuan.

“Dia bukan Kementerian Wilayah Persekutuan seperti sebelum ini, maka ini bermaksud bagi Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketuanya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi sebarang tindakan, keputusan itu akan dirujuk juga dengan Perdana Menteri dan kebiasaannya mesyuarat pasca Kabinet akan disertai oleh semua Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri… itu kelaziman.

“Jadi dari segi pergurusan tidak berlaku apa-apa perkara kerana Perdana Menteri memantau dan sekiranya perlu, mengambil dan menyampaikan apa-apa nasihat ataupun arahan kepada Menteri-Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri,” jelas Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dalam sidang media pada Khamis.

Sementara itu Fahmi juga memaklumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi telah menghubungi Perdana Menteri bagi menjelaskan maksud kenyataannya dan memberitahu ia telah disalah tafsir media berkenaan hantarannya yang mempersoalkan “apakah nasib Bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk pilihan raya Kerajaan Tempatan diadakan susulan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dikalangan bukan Melayu.

Dalam perkembagan sama, Hannah merakamkan penghargaannya kepada bekas Menteri Wilayah Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa atas sumbangan beliau kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

“Sebagai Ahli Parlimen Segambut, saya menghargai kepimpinan beliau yang mengutamakan suara dan pandangan wakil rakyat terutamanya dalam kes Taman Rimba Kiara,” ucap Hannah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat