KUALA LUMPUR – Jika DAP berjaya dengan “political ransom” mereka, bagaimana pula tindakan Barisan Nasional (BN) jika 22 Dis 2025 Isnin depan keputusan kes kewujudan Titah Addendum Datuk Seri Najib Razak tidak seperti yang kita harapkan?
Ramai ahli Umno menunggu dengan penuh pengharapan yang inginkan Bossku Najib diberi keadilan sewajarnya, kata Ketua Umno Bahagian Batu Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.
“Nampaknya “political ransom (tebusan politik)” DAP telah berjaya mengegarkan tiang seri bangunan Perdana Putra yang membuatkan ketakutan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan melakukan rombakan besar-besaran Kabinet beliau yang sebelum ini dikatakan hanya rombakan kecil untuk mengisi tiga kekosongan Menteri yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Tidak perlu tunggu habis tempoh 6 bulan yang diugut, hanya tak sampai seminggu gertakan DAP berubah terus pola dalam percaturan politik PMX.
“Benarlah apa yang saya sebutkan di dalam podcast apaceritabossku baru-baru ini yang mana betul dan membuktikan wujudnya “political ransom” dibelakang tirai kem Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Menurut Gulam Muszaffar, DAP sedang berusaha memperbetulkan semula “fundamental politic” mereka iaitu menjadi “ultra” dan “kiasu” walaupun berada di dalam Kerajaan Madani.
Ujarnya lagi, sejak DAP kalah teruk di PRN Sabah, lihat Gobind Singh, Lim Guan Eng, Ram Karpal tiba-tiba hentak dan balun kerajaan dengan isu-isu sosial liberti, ekonomi dan kesamarataan yang sejak dulu itulah tunjang perjuangan DAP yang hanya memikirkan kepentingan hanya satu kaum sahaja.
“Kini, “crisis management team PMO” dan JKOM sedang berusaha keras untuk “remedy” sitiuasi di kalangan rakyat dengan maklum balas hampir 70 peratus tidak setuju, tidak selesa dan gusar dengan rombakan kabinet yang dibuat. Ini bukan petanda bagus.
“Hanya satu yang positif bagi saya dalam rombakan ini Umno dapat semula Menteri MITI dan tambahan 1 Menteri dari komponen BN yang menjadikan 8 orang Menteri BN dan 5 orang Timbalan Menteri termasuk seorang muka baru iaitu YB Shahar dari Parlimen Paya Besar yang nampaknya tiada isu besar berhubung lantikan mereka kecuali mereka yang sejak azali mempunyai sentimen “anti-zahid” yang menuding jari dengan pelbagai tohmahan dan cemuhan,” katanya.



