Ribuan rakyat Sabah sambut kepulangan TYT Musa Aman di lapangan terbang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ribuan rakyat Sabah menanti ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 Tun Musa Aman.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu dijangka tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar jam 11.30 pagi hari ini.

Media di Kota Kinabalu melaporkan rakyat Sabah mula membanjiri perkarangan lapangan terbang seawal jam 8 pagi.

Selain rakyat tempatan, turut kelihatan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri, lapor BH.

Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah baharu berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, semalam.

Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Dissember 2028.

Pelantikan Musa bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat