Penyokong Dr Mahathir buat laporan polis terkait pengendalian kes Batu Puteh, label pengkhianat – peguam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan lebih banyak laporan polis dirakam dalam tempoh beberapa hari akan datang berhubung pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Peguambela dan Peguamcara Rafique Rashid dalam kenyataan media pada Rabu memaklumkan, pada 16 dan 17 Disember 2024 beberapa laporan polis telah dibuat di ibu
pejabat- ibu pejabat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Wangsa Maju, Dang Wangi, Tampin, Subang Jaya, Cheras, Kajang dan Georgetown oleh beberapa rakyat Malaysia yang prihatin mengenai isu RCI Batu Puteh.

“Antara yang terlibat dalam membuat laporan ini adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Difahamkan juga
beberapa lagi laporan polis akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi di Sungai Petani Kedah dan negeri-negeri lain.

“Laporan-laporan polis ini dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anthony Loke, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Tan Sri Apandi Ali.

“Laporan-laporan ini, menurut pengadu-pengadu adalah kerana; Perdana Menteri pada 06.12.2024 telah bertindak melabel mereka yang terlibat dalam kes Batu Puteh sebagai “pengkhianat ” walaupun tiada dalam mana-mana bahagian laporan RCI itu menyatakan sebegitu rupa,” katanya.

Ujar Rafique lagi, tindakan ini adalah cubaan menipu dan menyeleweng Laporan RCI serta membuat tuduhan palsu secara sengaja untuk menimbulkan ketakutan
dan kegentaran pada orang awam serta ketenteraman awam.

“Selain tindakan tiga Menteri dalam Kabinet pada masa isu Batu Puteh diputuskan secara kolektif bersetuju dengan penarikan kes di Mahkamah Antarabangsa tetapi kini selepas 6 tahun dari kejadian mengubah pendirian menampakkan unsur-unsur penipuan serta pembohongan; dan Apandi Ali selaku bekas Peguam Negara yang mengetuai pasukan Malaysia bagi tujuan Semakan dan Tafsiran ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang didapati kelakuan serta tindakan-tindakan yang tidak wajar oleh RCI, antara lainnya tidak melibatkan pihak-pihak lain atau agensi – agensi lain serta isu-isu yang menimbul persoalan tentang kos dan wang rakyat.

“Pengadu-pengadu bagi laporan polis ini menyatakan mereka percaya wujudnya pelanggaran undang-undang oleh individu-individu yang dinyatakan di
perenggan 4 dan 3 di atas, antara lainnya bagi kesalahan-kesalahan jenayah di bawah Seksyen 415(b), Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan.

“Pengadu-pengadu ini mengharapkan pihak PDRM akan menyiasat laporanlaporan ini dengan adil dan saksama tanpa pilih bulu, serta telus dalam melaksana tanggungjawab antara lainnya memanggil individu-individu yang dinamakan dalam laporan untuk soal-siasat.

“Keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak hanya harus dilakukan, ianya mesti kelihatan dilakukan.

“Pihak PDRM digesa untuk memaklumkan status terkini laporan-laporan tersebut kepada pengadu-pengadu bagi membolehkan mereka (sekiranya perlu) mengambil tindakan yang difikirkan sewajarnya kelak,” kata Rafique.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat