UMNO Padang Rengas sokong Ismail Sabri sebagai PM hingga 2023, mahu pemilihan sebelum PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga 2023.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan pada Sabtu.

“Kami (UMNO Padang Rengas) menyokong sepenuhnya Datuk Seri Ismail Sabri menggalas tugas sebagai perdana menteri hingga habis penggal ini iaitu pada 2023.

“Beliau perlu diberi sokongan untuk meneruskan tugas sebagai perdana menteri memulihkan ekonomi negara dan membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat pandemik COVID-19,” katanya kepada SuaraTV.

Selain UMNO Bahagian Padang Rengas, beberapa bahagian lain seperti Simpang Renggam, Kepala Batas, Padang Terap, Ketereh, Bukit Bintang, Cameron Highlands dan Lipis yang bermesyuarat pada Jumaat dan Sabtu turut memberikan sokongan kepada Ismail Sabri meneruskan tugas sehingga 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat