PRU15: UMNO Perlu Ketengahkan Ramai Anak Muda

- Advertisement -

Apa yg menarik pada PRU15 akan datang ialah 65% pengundi akan diwakili oleh golongan muda yang berusia diantara 18-45 tahun. Umno hari ini sudah sepatutnya telah dapat mengenalpasti pelapis muda untuk diketengahkan sebagai calon yang akan bertanding di Pru15 nanti.

Pelapis muda adalah lebih energetik, mempunyai daya tarikan dan dapat mempengaruhi golongan muda mahupun pengundi atas pagar untuk bersama menyokong mereka.

Masa depan Umno bukan lagi dengan amalan politikal ‘oldguard’ yang sudah lapuk dan menjengkelkan. Pemimpin teknokrat dan golongan professional muda harus diberi peluang dalam menerajui kepimpinan parti dan negara. Sampai bila kita masih dihidangkan dengan cara politik lapuk yang tidak berinovasi dan tidak idealistik.

Generasi muda harus diberikan ruang menempatkan diri dalam politik dan berada di saf kepimpinan negara untuk bersama mengurus hal ehwal berkaitan rakyat dan negara. Saya percaya kepimpinan muda akan dapat membuktikan kemampuan mereka dan mempromosikan wadah politik yang lebih segar.

Jika Umno mahu mendapat perhatian daripada bandar ataupun luarbandar, PRU15 nanti adalah peluang terbaik bagi Umno untuk meletakkan pimpinan muda bersama dalam saf kepimpinan negara. Lihat kadar urbanisasi, penghijrahan anak muda dari kawasan luar bandar ke bandar sudah mencecah 60 peratus dan trend ini akan berterusan.

Mereka memerlukan seorang pemimpin atau barisan pemimpin muda yang memahami mereka dan yang dapat memperjuangkan kehendak mereka.

Saleha,

Kuala Lumpur

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat