Menteri Besar Pahang Sokong Ismail Sabri kekal sebagai PM hingga 2023

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS – UMNO Bahagian Cameron Highlands sebulat suara meluluskan usul menyokong kedudukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Parlimen ini pada 2023.

Malahan UMNO Bahagian Cameron Highlands yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail turut memberi sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri mentadbir negara dan memberi ruang sebaiknya untuk menyelesaikan krisis negara sehingga habis penggal 2023.

selaku tokoh dari Pahang, UMNO Cameron Highlands mendoakan Perdana Menteri agar beliau terus menyambung amanah selepas PRU15.

Usul yang dibawa oleh Ketua Puteri UMNO Pahang, Masliana Ahmad tersebut diluluskan sebulat suara oleh Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands yang berakhir sebentar tadi.

Menurut Masliana usul ini dibuat kerana menyedari kestabilan politik penting dipertahankan dalam masa pendemik Covid-19 masih lagi menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup rakyat.

“Kita menyedari bahawa keadaan negara sedang menghadapi cabaran getir khususnya dalam soal politik dan ekonomi. Maka kita hendaklah memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan tanggungjawab besar beliau di dalam memacu kembali negara ini ke landasan yang betul.”

Usul UMNO Bahagian Cameron turut menyatakan sokongan penuh ke atas institusi Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam untuk menentukan hala tuju parti khususnya di dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat