Bayaran Bantuan Khas Covid-19 RM1.2 bilion Isnin ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sejumlah RM1.2 bilion diperuntukan bagi pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 3 mulai isnin ini.

Menurut Ismail Sabri, pembayaran Fasa 3 BKC sebanyak RM300 akan dibuat pada 20 Disember 2021 (Isnin) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori Miskin dan B40.

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 telah diselesaikan pada bulan September dan November yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Menurut kenyataan media Perdana Menteri lagi, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen Kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” tegas Ismail Sabri dalam kenyataan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat