Tun Rahah meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Rahah Mohd Noah dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir hari ini 18 Disember di Pusat Perubatan Prince Court ketika menerima rawatan.

Isteri bekas Perdana Menteri kedua dan juga ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu meninggal dunia pada usia 87 tahun.

“Inalillahiwainailahirojiun, dengan penuh rasa sedih, Tun Rahah Mohd Noah telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi.
“Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Allayarham, al-fatihah,” ciap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Semalam, dalam perkongsian di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain itu, turut hadir berziarah adalah pemimpin politik dari kerajaan dan pembangkang termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital.
“Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh.

“Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga,” kata Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat