Yayasan Bank Rakyat hulur sumbangan bantuan persekolahan

- Advertisement -

SEMENYIH – Seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Semenyih dan Dusun Tua menerima sumbangan bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Inisiatif program kembali ke sekolah yang digerakkan YBR menyediakan dana sebanyak RM75,000 kepada 500 pelajar daripada keluarga berpendapatan B40, termasuk juga mereka yang terjejas banjir.

Bantuan persekolahan seperti set baju sekolah, kasut, beg bernilai RM150 disumbangkan kepada setiap pelajar yang dikenal pasti memerlukan.

Wakil penduduk Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz berbesar hati dengan insentif yang disalurkan YBR kepada pelajar sekolah terbabit.

“Sumbangan yang diterima ini diharapkan dapat membantu meningkatkan minat mereka untuk hadir ke sekolah sebagai pembakar semangat belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan yang cemerlang,” katanya.

Bagi pihak yayasan, bantuan yang diberikan ini membuktikan keprihatinan badan bukan berkeuntungan dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat