Kaji Semula Gaji, Elaun Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – CUEPACS menggesa kerajaan mengkaji semula skim gaji anggota polis termasuk elaun-elaun semasa yang diterima selaras dengan cabaran semasa dalam skop kerja anggota keselamatan negara tersebut.

Presidennya, Adnan Mat berkata, CUEPACS berpendapat cadangan ini penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi penguatkuasa, khususnya polis daripada terjerumus ke dalam jenayah salah laku.

Dalam pertemuan antara CUEPACS bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador hari ini.

Adnan berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota polis.

“CUEPACS merasakan skim gaji dan elaun semasa anggota polis tidak setimpal dengan bebanan kerja yang ditanggung oleh anggota polis ketika ini.

“Sebagai contoh, anggota polis kebanyakannya bekerja lebih daripada masa yang normal bagi pekerja biasa. Purata bertugas anggota polis adalah sekitar 12 jam sehari dan sekiranya ada operasi ia boleh mencecah sehingga 24 jam.

“Lebihan masa bertugas itu pula tidak boleh dituntut elaun kerja lebih masa. Ia belum mengambil kira dipanggil bertugas walaupun sedang bercuti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hal demikian menurut beliau, CUEPACS tidak mahu disebabkan bebanan kerja yang berat dan tidak setimpal dengan gaji diterima menyebabkan anggota polis ini merasakan perlu melakukan ‘sesuatu’ yang menyalahi undang-undang.

“Seperti yang disebutkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador, gaji yang tidak setimpal ini boleh menggalakkan anggota polis tahan orang dan jatuh hukum di situ juga iaitu jadi ‘majistret jalanan’ (ambil rasuah).

“Apabila kebajikan dan kesejahteraan anggota polis ini dijaga dengan sewajarnya, ia sudah tentu dapat membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, CUEPACS juga mencadangkan agar lebih banyak perumahan atau kuarters untuk anggota polis dibina pada masa akan datang.

“Kuarters-kuarters lama yang ada juga perlu diperbaiki dengan segera kerana kebanyakannya sudah tidak sesuai lagi untuk didiami.

“Pembinaan kawasan perumahan atau kuarters yang berhampiran dengan kawasan kerja juga boleh meningkatkan lagi kesejahteraan anggota polis kerana mereka tidak perlu untuk membeli atau menyewa rumah di kawasan yang jauh kerana faktor harga rumah yang tinggi,” katanya.

Adnan menambah, sudahlah mereka ini bekerja lebih masa, terpaksa pula berulang alik jauh dari rumah.

“CUEPACS percaya jika isu kebajikan anggota polis ditangani sebaiknya, masalah salah laku dan rasuah yang sering dikaitkan dengan pasukan keselamatan ini boleh dibanteras,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat