Agong Berangkat Ke Abu Dhabi

- Advertisement -

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas ke Abu Dhabi selama lima hari yang bermula hari ini.

Lawatan ini adalah jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamaed Zayed Al Nahyan.

“Agenda utama lawatan khas ini melibatkan perbincangan Al-Sultan Abdullah bersama Sheikh Mohamed Zayed dan kepimpinan tertinggi kerajaan UAE berkenaan hasrat kerajaan UAE untuk menyumbangkan sebanyak 500,000 dos vaksin Covid-19 kepada Malaysia bagi tujuan klinikal fasa ke-tiga hari ini,

“Sumbangan Covid-19 dan lawatan khas ini mencerminkan hubungan antara dua hala yang kukuh dah erat yang telah terjalin di antara kedua-dua negara,

“Ianya juga menunjukkan Malaysia dan UAE bersama berganding bahu dalam usaha memerangi wabak Covid-19 dan juga kerjasama pemulihan pasca Covid-19,” jelas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadli Shamsuddin melalui kenyataan medianya.

Disamping itu, didalam pertemuan itu nanti, Al-Sultan Abdullah akan turut berbincang mengenai usaha-usaha untuk memperkukuhkan dan meningkatkan lagi kerjasama serta hubungan dia hala Malaysia-UAE didalam pelbagai sektor.

Ujar kenyataan itu lagi, Al-Sultan Abdullah akan menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di mana YDP Agong akan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan diaspora Malaysia di UAE.

“YDP Agong dijadualkan berangkat melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Pusat Vaksinasi Covid-19 Abu Shabi dalam lawatan selama 5 hari tersebut,” katanya.

Lawatan khas ini adalah lawatan ketiga YDP Agong sejak Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari 2019.

Menurut kenyataan tersebut, lawatan khas YDP Agong ini berlandaskan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan UAE termasuk majlis yang dijadualkan dan dihadiri oleh Baginda.

“Al-Sultan Abdullah dan delegasi telah menjalani ujian saringan Covid-19 empat hari (96 jam) sebelum berangkat ke Abu Dhabi dan akan menjalani ujian yang sama sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abub Dhabi.

“Al-Sultan Abdullah dan delegasi akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berangkat pulanf dari Abu Dhabi dan sebaik sahaja mendarat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin diri di Istana Negara selama 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan delegasi pula akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang akan ditetapkan oleh KKM,” tegasnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat