ADUN-ADUN PAS Perak Bagaikan Watak Musang Berjanggut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –Watak-watak filem karya seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee, ‘Musang Berjanggut’ adalah gambaran jelas kepada krisis politik yang berlaku di Perak, kata Pengerusi Amanah negeri itu, Datuk Asmuni Awi.

Memetik laporan Perak Insights, beliau berkata, nyatalah watak ‘Menteri Nikah Kahwin’ bertepatan dengan gelagat Adun-adun PAS yang dipertontonkan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Asmuni yang juga ADUN Manjoi, berkata, PAS boleh membuat hukum hari ini halal, esok pula haram, lusa kembali halal demikianlah seterusnya.

Beliau mengingatkan tentang firman Allah dalam surah An-Nahli ayar 116 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”.

Asmuni mengingatkan, sekuat manapun kita mendakwa kita golongan Islam jangan lupa kita ini adalah Melayu.

“Bercakap dengan Raja-Raja Melayu juga perlu kesopanan yang diajar oleh budaya Melayu,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat