Jika BN Menang Cemerlang, Isnin Cuti Lagi – PM

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan akan memberi cuti lanjutan pada Isnin 21 November ini jika Barisan Nasional (BN) diumumkan menang cemerlang dan bergaya.

Pun begitu, belum ada sebarang ketetapan rasmi berhubung pengumuman terkini Perdana Menteri itu.

Pecutan akhir menjelangnya hari mengundi esok, Ismail Sabri meluangkan masa petang tadi dalam program Sembang Santai Mahasiswa Santai Anak Bera di Pekan Teriang.

Dalam program itu seramai lebih 600 mahasiswa anak kelahiran Bera dari institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara hadir beramah mesra dengan calon Parlimen Bera dan juga calon Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.

Ismail Sabri berkata pilihan cuma dua iaitu kanan adalah kecemerlangan manakala kiri membawa sengsara.

“Ada dua pilihan saja, kiri sengsara yakni kalau pilih pembangkang manakala kanan kecemerlangan jika pilihannya BN. Esok buat pilihan betul-betul, jangan nanti kata biasalah orang muda buat silap, jangan begitu ya.

“Kalau BN menang besar atau dapat membentuk kerajaan, pada 20 November saya akan angkat sumpah jadi Perdana Menteri. Oleh itu, pastikan BN menang cemerlang, terima kasih kerana balik mengundi.

“Pastikan BN menang cemerlang, kalau kita menang besar Isnin kita bagi cuti,” ucap Perdana Menteri.

Sementara itu, Ismail Sabri menambah sepanjang setahun empat bulan kerajaan ditadbir BN pelbagai manfaat telah diberikan kepada golongan muda terutamanya mahasiswa antaranya PerantiSiswa, Menu Keluarga Malaysia, Jualan Murah Keluarga Malaysia di kampus dan juga program JaminKerja yang menawarkan peluang pekerjaan kepada orang muda.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat