BN kekal perintah, hidup rakyat dipermudah – Nazri Ngah

- Advertisement -

JERANTUT – Sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk penggal kedua penyandang DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berikrar akan melipat gandakan kerja-kerja sebagai wakil rakyat.

Katanya, sekiranya menang lagi beliau akan buat kerja dengan lebih baik berbanding penggal pertama.

“Kalau dulu saya ‘speed’ lebih kurang 90-95 peratus, kali ini saya speed 97-99 peratus

“Jika dulu saya boleh bekerja selama 53 bulan dengan Covid-19 kerana sebagai Exco tetap turun bekerja menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang tapi untuk penggal kedua jika saya menang saya mesti buat yang terbaik berbanding yang sebelum ini kerana saya nak juga hidup saya mati saya dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik),” jelas Nazri ketika ditemui media malam tadi.

Nazri berjanji akan buat lebih baik daripada penggal pertama kerana beliau ingin menjadi ahli politik yang berjaya.

Dalam pada itu, Nazri yang juga bekas Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna  Pahang menyatakan banyak projek dan penambahbaikan telah beliau lakukan sebagai wakil rakyat Pulau Tawar dan juga Exco Pahang.

Malah jelasnya, sepanjang sepenggal berkhidmat beliau telah bangunkan banyak jalan ‘short-cut’ alternatif banjir malah akan memindahkan Sekolah Pulau Tawar yang sering dilanda banjir ke Bukit Rang.

“Saya juga akan teruskan projek jalan yang menghubungkan antara Pahang dan Terengganu ia akan memendekkan perjalanan dari Ulu Tembeling ke Terengganu dan terus ke Pelabuhan Kuantan.

“Banyak hasil kerajaan negeri akan disalur ke Pelabuhan Kuantan dan juga Pelabuhan Kemaman.

“Sebab itu pengundi perlukan pastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah, rugi kalau kerajaan tangguh laluan sejarah Mat Kilau ia memendekkan perjalanan Terengganu-Pahang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat