Pembangkang Tak Puas Hati Kerajaan Balas ‘Jasa’ Najib Dengan Nilai RM100 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan lebih 10 Ahli Parlimen pembangkang lantang mempersoalkan dan mengkritik pemberian rumah dan hartanah bernilai RM100 juta sebagai ‘hadiah’ kepada Datuk Seri Najib Razak selaku bekas Perdana Menteri.

Semalam pada Khamis, Dewan Rakyat kecoh apabila isu itu dilontarkan Dr Mahathir (PH – Langkawi) yang menuntut penjelasan apa gunanya duit kerajaan diberi kepada Najib yang beliau sifatkan sebagai ‘banduan’, ‘penyangak’ dan ‘pencuri’.

Kata Dr Mahathir, hadiah itu diberikan sebagai jasa Najib sebagai Perdana Menteri, namun Dr Mahathir mempersoalkan apakah jasa Ahli Parlimen Pekan itu kerana menurutnya, Najib adalah banduan.

“Inikah jasa yang kerajaan ini nak balas budi? Yang kerajaan nak beri? Perdana Menteri akan datang selepas ini akan curi duit sebab lepas curi duit, dapat tambah duit lagi dan duit yang dicuri pun diberi semula.

“Ini kerajaan baharu dan dasar baharu, sepatutnya dijelaskan dalam Bajet tentang hadiah ini. Saya sendiri jadi Perdana Menteri 22 tahun, saya tak ambil satu keping tanah pun. Saya cuma ambil pencen, itu sahaja.

“Tapi ini buat kerja sekian lama curi duit, seleweng duit, salah guna kuasa, oh, bagi hadiah dengan nilai RM100 juta pula,” katanya.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata demikian pada sesi penggulungan Kementerian Kewangan daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, petang semalam.

Tengku Zafrul dalam jawapannya mencadangkan supaya soalan itu dipanjangkan kepada Jabatan Perdana Menteri kerana perkara itu di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.

Tambah Menteri Kewangan itu, permohonan berkenaan juga dibuat selepas pembentangan Bajet 2022 dan kerana itulah, ia tidak dimasukkan dalam pembentangan baru-baru ini.

Begitupun, beberapa Ahli Parlimen tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan mahukan penjelasan adakah permohonan itu telah diluluskan atau tidak.

“Saya kata permohonan ini, seperti saya sebut tadi, ia tiada dalam Bajet kerana ia dibentangkan sebelum permohonan tersebut.

“Untuk laksanakan ini, ia akan dibawa sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan di Parlimen nanti,” ujarnya.

Sebaik sahaja jawapan itu keluar dari mulut Tengku Zafrul, Datuk Mahfuz Omar (PH – Pokok Sena) dan RSN Rayer (PH – Jelutong) bangun dan menyatakan permohonan itu telah diluluskan sebab itu akan dibawa ke RUU Perbekalan Tambahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat