Wang helikopter tak bantu rancak ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) PNB, Jalil Rasheed menolak idea Timbalan Menteri Belia dan Sukan supaya mencetak wang untuk membantu merancakkan ekonomi.

Sebelum ini Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melontarkan cadangan supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Bercakap di radio BFM pada Isnin lalu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, langkah ini boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat.

Memetik laporan Malaysiakini, katanya, perkara ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Malah menurut timbalan menteri itu lagi,langkah ini adalah beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.

Wang helikopter merujuk kepada dasar mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan.

Walau bagaimanapun, Jalil tidak bersetuju dan berpendapat bahawa dasar seumpama itu tidak akan berjaya.

“Mencetak wang bukan penyelesaian buat Malaysia. Ia menurunkan nilai mata wang sekarang pun ringgit sudah cukup lemah apabila terlalu banyak sedang beredar.

“Ini seperti membahagikan kek dari 10 keping menjadi 20 keping. Bahagian anda menjadi lebih kecil,” ciapnya di Twitter malam tadi tanpa membuat sebarang sebutan mengenai Wan Fayhsal.

Jalil berkata, dasar seperti itu mungkin hanya dapat dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana mata wang dolar digunakan untuk perdagangan antarabangsa, dan lebih banyak wang yang beredar masih akan mendapat permintaan tinggi.

Negara-negara yang mengamalkan dasar wang helikopter telah menyaksikan inflasi melampau seperti di Zimbabwe dan Venezuela.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat