Najib yakin KWSP tidak akan jahanam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan bagaimana beliau dituduh sengaja ingin menghancurkan dan menjahanamkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya kerana mencadangkan pengeluaran dari akaun 1.

Ahli Parlimen Pekan itu membidas, bagaimana KWSP akan hancur jika pengeluaran RM45 bilion cuma 4.8 peratus jumlah aset KWSP sebanyak RM940 bilion.

Katanya, sedangkan wang caruman baru berbilion-bilion ringgit tak pernah henti mengalir masuk ke KWSP setiap bulan.

“Saya nampak ada yang membuat tuduhan bahawa Najib sengaja nak hancurkan dan jahanamkan KWSP sebab saya cadangkan pengeluaran dari akaun 1.

“CEO KWSP sendiri yang kata anggaran pengeluaran wang jika cadangan Najib diterima adalah sekitar RM45 bilion tahun depan.

“Sebab itu, saya nak tanya mereka yang tuduh saya: “KWSP hancur sebab 4.8 peratus jumlah aset dikeluarkan ke?,” soal bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, menurut laporan KWSP akan terus menjual asetnya untuk menyediakan dana bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2 mereka.

Langkah itu mula dilaksanakan sejak Mac lalu.

KWSP menganggarkan pengeluaran di bawah skim i-Sinar dan i-Lestari akan menyaksikan sekitar RM45 bilion keluar daripada dana persaraan itu menjelang tahun depan.

Pengurangan caruman tahun ini dan tahun depan meningkatkan jumlah aliran tunai kepada kira-kira RM60 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat