MEDAC Bantu Daftar Sejuta Penjaja, Peniaga Kecil Di Seluruh Negara

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menggerakkan usaha membantu mendaftarkan kira-kira sejuta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara bagi memastikan kebajikan mereka terjamin.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jumlah kira sejuta penjaja dan peniaga kecil itu diperolehi dari Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM).

Beliau berkata, sekiranya golongan penjaja dan peniaga kecil itu tidak berdaftar dengan persatuan ia akan menyukarkan penyaluran bantuan daripada kerajaan kepada mereka.

“Hasil perbincangan dengan persatuan kita mendapati kebanyakkan peniaga enggan berdaftar bagi mengelakkan dikenakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

“Selain itu kebimbangan tidak mendapat bantuan dari Kerajaan juga antara faktor penyumbang golongan peniaga dan penjaja berdaftar dengan persatuan,” katanya.

Menurutnya lagi, sehingga kini terdapat lebih 3,000 peniaga telah didaftarkan.

Beliau berkata demikian di majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2020 dan Pelancaran Platform Warong Rider Peringkat Kebangsaan, di kementeriannya, hari ini.

Sementara itu menurut beliau lagi, MEDAC melalui SME Corp telah bekerjasama dengan GPPPKMM melalui Program Micro Connector dalam memperkenalkan satu platform servis penghantaran Warong Rider yang boleh dimanfaatkan oleh golongan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

“Melalui kerjasama ini, rider di bawah platform Warong Rider akan dibekalkan dengan startup kit (beg penghantaran serta pakaian seragam) bernilai RM250 di mana 70 peratus daripada kos tersebut dibiayai oleh SME Corp melalui Program Micro Connector.

“Pembiayaan ini dilihat dapat membantu mengurangkan kos kepada golongan belia B40 yang menyertai platform dan sekaligus membuka peluang kepada mereka menjana pendapatan melalui perniagaan,” katanya.

Sejak tempoh PKP hingga kini, SME Corp melalui Program Micro Connector telah memperuntukkan dana sebanyak RM875,000 kepada 5,000 rider yang bakal menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara.

“Dibawah program TEKUN, Seramai 2,114 orang riders telah terima pembiayaan berjumlah RM17.5 juta di bawah Program TEKUN Mobilepreneur.

“Pembiayaan ini dilihat dapat membantu mengurangkan kos kepada golongan belia B40 yang menyertai platform dan sekaligus membuka peluang kepada mereka menjana pendapatan melalui perniagaan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat