Agong Setuju Isytihar Darurat Di Batu Sapi, PRK Ditangguhkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar Pilihran Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara.

Perkenan Agong untuk darurat di Parlimen Batu Sapi ambil iktibar daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan tersebut dibuat bagi mengekang berlakunya gelombang ke-4 wabak Covid-19, selepas mendengar taklimat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Sultan Abdullah berpuas hati adanya keperluan pengisytiharan proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu ordinan dimashyurkan bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh ditetapkan bagi menjalankan PRK Batu Sapi.

“Dengan pengisytiharan ini juga apa-apa prosiding yang sudah bermula bagi maksud penjalanan PRK bagi Batu Sapi tidak akan diteruskan. Pengisyhtiharan proklamasi darurat bagi Batu Sapi dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19,” katanya.

Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Covid-19 sejak PRN Sabah yang diadakan pada 26 Sept.

“Sultan Abdullah mengambil kesempatan ini menasihati rakyat jelata berdisiplin memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa membendung wabak ini demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat