Nabil, Azwan Ali okay saja

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengacara Gegar Vaganza dan MeleTop, Nabil Ahmad, 37, menyifatkan tidak ada isu yang perlu wujud di antaranya dengan pengacara Azwan Ali, 54, selepas dikatakan sengaja mengajuk dan memperlekehkan pengacara berpengalaman itu dalam siaran langsung program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), baru-baru ini.

Nabil ketika dihubungi berkata, dia dan Azwan masing- masing profesional dalam bekerja dan mereka juga tahu apa yang dilakukan itu hanya kerana persembahan.

“Kami memang okay dan tak ada sebarang masalah pun. Malah, dia (Azwan) yang sudah 33 tahun membina kerjaya dalam pengacaraan pun faham mengenainya. Cuma, netizen yang cuba memanaskan situasi untuk melaga-lagakan dan melihat kami bergaduh. Malah, apa yang membuat saya rasa sedih kebanyakannya (netizen) Melayu dan beragama Islam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, dia sebenarnya sangat teruja apabila melihat Azwan kembali semula sebagai pengacara dalam program Lagu Cinta Kita kerana sudah terlalu lama menyepi.

“Saya hingga kini ada simpan impian nak bekerja dengan Azwan iaitu mengacara bersamanya dalam satu program kerana ingin menimba ilmu dan pengalaman. Dia pengacara hebat yang ada gaya tersendiri. Di antara ramai pengacara berpangalaman tanah air, setakat ini saya memang belum berpeluang kerja dengan Azwan lagi.

“Selama terbabit dalam bidang pengacaraan, saya pernahlah bekerja dengan Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Mereka semua pada saya adalah terbaik dan banyak ilmu yang dikongsi,” katanya.

Terdahulu, Azwan diundang muncul dalam program MeleTop yang disiarkan Astro Ria semalam dengan gandingan Nabil dan Cik Manggis sebagai pengacara untuk menjawab isu yang timbul itu.

Azwan berkata, kehidupan ini tidak lama dan dia mengharapkan supaya netizen tidak menjadi ‘batu api’ semata- mata untuk melihat sesama artis bergaduh kerana industri hiburan di Malaysia ini pun kecil.

Ketika konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7),  Nabil ada menyebut ‘Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” katanya kepada juri tetap, Datuk Ramli MS.

Disebabkan kenyataan itu walaupun tidak disebutkan nama Azwan, tindakan Nabil sudah membuatkan netizen marah dengan mendakwanya bersikap kurang ajar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat