Kuasa cip M1

UMNO Tanding Logo BN, Kekal Keputusan Tidak Sertai PN Secara Rasmi

KUALA LUMPUR - UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai...

Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

RANTAU PANJANG - Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim...

Tak Perlu Timbulkan Isu Siapa Menumpang atau Siapa Dominan, Kata Saifuddin

KUANTAN – Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan...

1,309 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473...

Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

BEIJING - Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain,...

Era digital hari ini sememangnya memerlukan keupayaan ‘otak’ peranti yang hebat untuk memproses data berjumlah bilion dalam masa sesaat termasuk keupayaan pembelajaran mesin atau ‘Deep learning machine’.

Cip pemproses ini berfungsi umpama ‘otak’ bagi sesuatu peranti dan ia akan menentukan keupayaan peranti berkenaan berdasarkan rekaan cip berkenaan.

Sebelum ini, segmen cip pemproses untuk peranti konvensional seperti laptop atau komputer, ia dikuasai oleh dua syarikat terkemuka iaitu Advanced Micro Devices (AMD) dan Intel selama beberapa dekad.

 

APPLE memperkenalkan cip pertama untuk segmen 'Mac' keluarannya iaitu Apple M1 dan ia adalah yang pertama menggunakan rekaan 5nm di dalam industri.
APPLE memperkenalkan cip pertama untuk segmen ‘Mac’ keluarannya iaitu Apple M1 dan ia adalah yang pertama menggunakan rekaan 5nm di dalam industri.

 

Kini, segmen cip pemproses menjadi lebih menarik selepas syarikat peneraju teknologi dunia, Apple, mengumumkan cip rekaan mereka sendiri yang dikenali sebagai Apple M1.

Cip keluaran pertama Apple, M1 adalah pemproses pertama menggunakan binaan 5nm dan pemproses pertama yang menggunakan teknologi berkenaan sekali gus memberi manfaat yang besar terhadap kecekapan guna bateri serta prestasi yang sangat mengagumkan.

Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Pemproses itu direka khusus untuk produk segmen ‘Mac’ bagi Apple dan ia diperkenalkan buat pertama kalinya awal minggu lalu dalam majlis maya bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Naib Presiden Kanan Perkakasan Teknologi Apple, Johny Srouji berkata, tidak ada cip yang pernah dicipta seperti M1 dan ia satu pencapaian untuk cip SoC bagi segmen Mac dan pengenalan ini adalah era baharu untuk segmen itu.

 

PEMPROSES berkenaan juga berkeupayaan untuk melancarkan aplikasi genre permainan dengan baik.
PEMPROSES berkenaan juga berkeupayaan untuk melancarkan aplikasi genre permainan dengan baik.

 

“Jika memperkatakan tentang silikon kuasa rendah, M1 mempunyai kuasa teras paling pantas termasuk prestasi integrasi unit pemproses grafik yang sangat baik,” katanya.

Ia menampilkan teras CPU terpantas yang pernah dicipta dalam segmen ‘silicon’ berkuasa rendah tetapi menawarkan kuasa prestasi terbaik termasuk integrasi grafik dalam kelasnya dan ia adalah pencapaian terbaharu menerusi sistem ‘Neural Engine’ oleh Apple.

Secara prestasinya, Apple M1 memberikan prestasi CPU hingga 3.5 kali lebih pantas daripada pemproses sedia ada di pasaran manakala untuk GPU, prestasi menjangkau enam kali lebih cepat.

Untuk kefungsian pembelajaran mesin, M1 memberi nilai prestasi 15 kali lebih cepat dan rekaan 5nm cip itu memberi keupayaan untuk kecekapan guna tenaga serta hayat bateri dua kali lebih lama.

 

CIP berkenaan mempunyai lapan teras CPU sekali gus mampu untuk melaksanakan kepelbagaian tugas dalam sesuatu masa.
CIP berkenaan mempunyai lapan teras CPU sekali gus mampu untuk melaksanakan kepelbagaian tugas dalam sesuatu masa.

 

Cip berkenaan mampu untuk melaksanakan sebarang tugas dan ia dilengkapi dengan pemproses lapan teras yang boleh melaksanakan proses hampir 25,000 ‘threads’ secara serentak.

Ia juga mampu untuk melaksanakan tugasan sintesis video pelbagai resolusi termasuk beberapa penstriman video 4K serta sintesis tugasan kompleks 3D tanpa sebarang masalah.

Pastinya kehadiran cip terbaharu Apple ini akan merancakkan lagi segmen pemproses dan mungkin cip sama akan digunakan secara lebih meluas untuk pelbagai segmen produk keluaran syarikat itu.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Petang Ini Boleh Lihat Siapa Khianati Rakyat

KUALA LUMPUR - “Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” kata Tan Sri Annuar Musa. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyatakan semua...

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Berita Berkaitan

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

SneakerLah merupakan acara sneakers-convention terbesar di Malaysia sejak ia dimulakan pada tahun 2015. Pada tahun lalu, SneakerLah telah menyaksikan kelahiran sepasang kasut edisi terhad pertamanya hasil...

Redmi Watch, Jam Pintar Dengan Skrin 1.43 Inci, 7 Mod Sukan Diumumkan

Xiaomi telah melancarkan jam pintar dibawah jenama Redmi iaitu Redmi Watch yang dilancarkan bersama siri smartphone Redmi Note 9. Jam pintar ini menawarkan skrin...

Samsung Galaxy A12 Dengan Skrin Infinity-V 6.5 inci, Kamera 48MP, Bateri 5000mAh

Samsung baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik iaitu Samsung Galaxy A12 untuk siri smartphone Galaxy A. Telefon pintar ini mempunyai paparan HD+ Infinity-V 6.5...