Tak nak ambil risiko berlakon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini belum berani mengikut jejak langkah rakan seperjuangan terjun ke bidang lakonan demi meneruskan kelangsungan hidup pada saat pandemik COVID 19.

Biarpun persembahan pentas secara terbuka belum dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pemenang kategori Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 bersama Dayang Nurfaizah itu belum bersedia mengambil risiko.

“Saya akui ramai yang terjejas teruk berikutan rutin kerja kebiasaan tidak dapat dilakukan. Saya turut terjejas selepas tawaran persembahan dibatalkan dan ditunda.

“Agak pahit menelan semua ini, namun apa daya, saya tak mampu melawan ketentuan ini. Saya bernasib baik masih memiliki tuntutan kerja lain seperti menghasilkan karya untuk penyanyi lain, selain meneruskan kempen jenama dan produk dalam media sosial termasuk iklan komersial.

“Saat ini, saya belum terlintas mahu berlakon. Saya tak pandai dan kekok berlakon di depan kamera. Saya juga mempunyai masalah menghafal skrip. Jika skrip pendek pun terkial-kial, apatah lagi yang panjang berjela. Namun, mungkin sekarang saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang,” katanya kepada BH Online.

 

Hael Husaini berkolaborasi bersama dua sahabatnya, Naim Daniel dan Haqiem Rusli menerusi single Lara. - Foto IG Hael Husaini
Hael Husaini berkolaborasi bersama dua sahabatnya, Naim Daniel dan Haqiem Rusli menerusi single Lara. – Foto IG Hael Husaini

 

Dalam perkembangan lain, Hael kini rancak mempromosikan single Lara bersama Haqiem Rusli dan Naim Daniel.

Single Lara ciptaannya bersama dua penyanyi berkenaan serta komposer, MFMF.

“Idea menghasilkan lagu ini tercetus ketika saya berada di Jakarta, Indonesia sewaktu mengendalikan program Stariser bersama penyanyi, Chakra Khan.

“Saya mendapat beberapa ilham baharu sepanjang berada di Jakarta. Saya terus menghubungi MFMF, setiba di Malaysia. Kami berbincang dan terus menghasilkan karya,” kata penyanyi lagu Jampi itu.

Katanya, proses menghasilkan single Lara mengambil masa kira-kira tiga bulan.

“Saya minta Naim dan Haqiem untuk membuat pengubahsuaian dan menjana idea selepas rangka awal disiapkan. Proses rakaman audio dan video dilakukan ketika PKPB dilaksanakan.

“Bekerjasama dengan Haqiem dan Naim sangat mudah kerana mereka antara rakan industri yang agak rapat dengan saya. Kami juga mengenali satu sama lain secara peribadi, jadi proses ini berjalan lancar.

“Segala-galanya bermula dengan borak kosong kerana kami sering ditemukan dalam program atau acara sama. Saya pernah terdetik mahu mengajak Naim dan Haqiem untuk berkolaborasi jika ada peluang,” katanya.

Hael berkata, single Lara membawa maksud yang jelas iaitu kesedihan menceritakan perasaan yang remuk akibat dikecewakan seseorang.

“Namun, peminat bebas meletakkan interpretasi masing-masing berdasarkan pengalaman,” katanya yang muncul dengan single Terlanjur Cinta bersama Cakra Khan, awal tahun ini.

Menerusi Separuh Akhir Muzik Muzik 35, Hael berjaya membolosi empat lagu ciptaannya, Hati, Canggung, Belenggu Rindu dan Peluang Kedua.

Berita Harian

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat