Kontraktor Bumiputera Akan Nikmati Pembiayaan Jangka Pendek Jika BN Terus Jadi Kerajaan Pasca PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan pembiayaan jangka pendek kepada kontraktor Bumiputera yang terlibat dalam bidang seperti elektrikal dan pembinaan melalui Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE) dengan dana sebanyak RM20 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak RM50 juta nilai projek-projek kecil akan dikhususkan kepada kontraktor wanita kelas G1 hingga G4 menerusi inisiatif Kontraktornita bagi menyokong penyertaan lebih ramai kontraktor wanita Bumiputera dalam perolehan kerajaan.

“Namun kesemua ini akan hanya dinikmati sekiranya Bajet 2023 ini dibentangkan kembali dan diluluskan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Maknanya kerajaan hari ini perlu dipilih kembali untuk menerajui negara,”katanya ketika merasmikan Konvensyen Kontraktor Melayu Malaysia 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia ke-43 di WTC Kuala Lumpur pada Selasa.

Ismail Sabri turut memberitahu, k erajaan yang beliau pimpin hari ini sentiasa mengutamakan pembangunan infrastruktur untuk dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

“Pada 7 Oktober yang lalu,kerajaan telah membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang akan menfokuskan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

“Ini terbukti dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM95 bilion, yang tertinggi dalam sejarah merangkumi sebanyak 7,615 projek pembangunan.

” Pelbagai tuduhan dilemparkan kononnya DE yang besar ini akan menguntungkan pihak tertentu sahaja. Saya beri jaminan bahawa kontraktor tempatan yang berkelayakan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek-projek pembangunan negara,” tegasnya.

Selain itu, kata Perdana Menteri lagi Bajet 2023 turut menyediakan pelbagai insiatif untuk golongan kontraktor seperti peruntukan sebanyak
RM500 juta khusus kepada kontraktor kelas G1 hingga G4, antaranya bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi jalan Persekutuan, titi dan jambatan kecil, rumah ibadat serta infrastruktur yang rosak akibat banjir.

Tambah beliau lagi, kerajaan menyedari dalam suasana ekonomi yang begitu mencabar, tidak ramai kontraktor yang sanggup terlibat dalam projek- projek perumahan kos rendah yang kurang memberi pulangan, lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barangan bahan binaan yang masih tidak menentu.

“Berikutan keadaan ekonomi yang sudah memasuki fasa pemulihan, saya berharap Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia
(PKMM) akan mendapat manfaat termasuk pelaksanaan projek-projek infrastruktur baru atau yang disambung semula selepas pelbagai cabaran yang terpaksa kita hadapi sebelum ini.

“Saya percaya peruntukan ini bukan sahaja menjadi pelaburan jangka masa panjang untuk menghidupkan kembali pembangunan fizikal dan ekonomi, tetapi juga akan merancakkan semula pelaksanaan projek khususnya bagi kontraktor kecil dan sederhana.

“Namun begitu, saya berharap semua kontraktor yang terlibat dalam projek-projek Kerajaan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik daripada segi kualiti, produktiviti dan profesionalisme serta menyiapkan projek mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya.

Perdana Menteri malah percaya, kontraktor Bumiputera terus berusaha dan menitik beratkan sifat kreatif dan berdaya saing akan berupaya memperoleh manfaat serta mampu mengadaptasikan diri dengan norma baharu yang penuh cabaran.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

“Saya mendoakan agar PKMM akan terus kukuh dalam mengharungi situasi ekonomi yang kian mencabar.

“Saya percaya di sebalik kesukaran yang dihadapi kontraktor, terdapat peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan bagi memperkukuhkan syarikat serta industri pembinaan pada masa akan datang,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat