Amalan Demokrasi, Hak Abang Untuk Tubuhkan Parti Baharu – PM

- Advertisement -

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob menubuhkan parti baharu iaitu Parti Kuasa Rakyat adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan, perbezaan keahlian parti politik dalam kalangan ahli keluarga juga bukan suatu perkara baharu dalam politik tanah air.

“Adik beradik berlainan parti politik bukan perkara baharu, sudah ada di Malaysia…ini demokrasi, itu hak beliau…tidak timbul pertelingkahan dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Bera itu ketika ditanya mengenai tindakan Kamarazaman yang menubuhkan Parti Kuasa Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Pemakaian Lencana Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di sini hari ini.

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N.Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.

Rakyat, yang berbilang kaum pada 10 Okt lepas, yang antara lain akan memperjuangkan pelajaran percuma, kesihatan percuma, rumah percuma dan peluang pekerjaan terutama kepada golongan B40 dan M40.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat