“Pengampunan kuasa mutlak Agong, saya harap kita terima baik” – Anwar jamin kerajaan tidak tunduk kepada rasuah

KUALA LUMPUR – Keputusan Lembaga Pengampunan berhubung hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak tidak menjejaskan prinsip kerajaan untuk terus mengambil tindakan tegas terhadap semua kes rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip negara hukum yang menjadi pegangan kerajaan kekal dan tidak bermakna negara perlu tunduk kepada amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Katanya, semua kes rasuah termasuk kes membabitkan bekas Perdana Menteri itu yang masih berjalan perlu diteruskan mengikut landasan undang-undang.

“Tapi akhirnya, Perlembagaan menetapkan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan saya harap kita terima baik.

“Selain daripada itu, saya nak tegaskan, prinsip negara hukum, keputusan kita mengambil tindakan kepada semua kes rasuah tidak tergugat, ini tidak bermakna negara harus tunduk kepada amalan penyakau dan rasuah,” katanya menurut laporan BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikam solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Presint 10, Putrajaya.a

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat