KUALA LUMPUR, – Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, menegaskan bahawa cadangan Urban Renewal Authority (URA) seharusnya ditolak, kerana ia tidak memberi manfaat langsung kepada golongan B40 yang tinggal di bandar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran buku “Tanjung Karang Ke Putrajaya Meniti Gelora Politik” karya Datuk Saiful Bahar.
Menurut Noh Omar, kerajaan seharusnya menumpukan peruntukan untuk menangani isu kemiskinan bandar, sama seperti bantuan yang banyak disalurkan bagi membela nasib rakyat di luar bandar.
“Kalau kerajaan dulu dah bina rumah kos rendah, sekarang cabaran utama ialah soal maintenance bumbung, cat, lif, dan parkir. Itu yang perlu ditangani, bukan URA,” jelas beliau.
Beliau turut mengingatkan bahawa golongan B40 wajar diberikan peluang untuk terus tinggal di bandar melalui pengurusan yang lebih tersusun, termasuk cadangan penubuhan Perbadanan Pengurusan Perumahan Rakyat (3P) yang pernah dibawanya ketika menerajui KPKT.



