“Isu kos pilihan raya pun bertekak, bayangkan apa jadi jika PN pegang negara tentu hancur dalam perebutan kuasa” – Mahfuz

KUALA LUMPUR – Rakyat wajar sedar bahawa Perikatan Nasional (PN) bukanlah opsyen yang boleh diharapkan untuk mengemudi negar.

Menurut Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar, PN dinilai gagal menguruskan kejujuran sesama sendiri, bagaimana mungkin mereka boleh menguruskan sebuah negara?

“Kalau kos pilihan raya pun PN tak sehaluan, bayangkan bila pegang negara. Malaysia bukan selamat, tapi Malaysia hancur dalam perebutan kuasa,” bidas Mahfuz.

Kata beliau, seluruh Negara terkejut dan hairan akan percanggahan kenyataan yang timbul dalam PN berhubung kos Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr. Marzuki Mohamad, mendedahkan bahawa keseluruhan kos pilihan raya PN pada PRU15 telah ditanggung sepenuhnya oleh Parti Bersatu, termasuk penyediaan semua peralatan kempen serta sumbangan kewangan besar kepada Pas. Hasilnya, Pas berjaya meraih kemenangan terbesar dalam sejarah mereka dengan 43 kerusi Parlimen.

“Namun, sebelum ini Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa bahawa Pas yang menanggung kos besar pilihan raya, sementara Bersatu hanya membawa calon.

“Percanggahan kenyataan ini menunjukkan betapa rapuh dan bercelarunya PN. Hari ini Bersatu mengungkit, esok PAS pula menafikan,” ujarnya.

Tambah Mahfuz lagi, setelah menerima segala bantuan, Pas kini mahu mengambil alih kepimpinan PN daripada Bersatu.

“Inilah wajah sebenar PN gabungan politik buruk siku, ungkit-mengungkit dan perebutan jawatan.

“Jika parti-parti yang asyik bertekak soal siapa bayar lebih dan siapa patut jadi ketua ini diberi kuasa memimpin negara, rakyat hanya akan menjadi mangsa.

“Malaysia akan terjebak dalam pertelingkahan tanpa kesudahan, bukan dalam usaha membina masa depan lebih baik,” selar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat