Mosti Harap Dapat Lebih Peruntukan Komersialkan R&D

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) berharap memperoleh peruntukan yang lebih banyak untuk pengkomersialan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memacu syarikat pemula pada Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan awal bulan hadapan.

Menterinya Dr Adham Baba berkata Mosti telah mengajukan pendekatan itu menerusi satu sesi konsultasi dengan Kementerian Kewangan pada 31 Ogos lepas.

Katanya Malaysia perlu beralih kepada negara pembuat seiring dengan kemajuan teknologi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kita telah mengajukan beberapa pendekatan iaitu elemen R&D tidak boleh lagi berada di peringkat fundamental, dan mesti berada di peringkat komersial produk-produk dan perkhidmatan serta hasil-hasil R&D.

“Kita mesti beralih ke arah negara pembuat daripada pengguna, dengan teknologi baru muncul kita mampu memberi pekerjaan kepada rakyat.

“Jadi, saya telah membangkitkan isu berkenaan syarikat pemula yang baru memulakan perniagaan dalam bidang teknologi supaya diberi ruang tahun depan untuk mereka terus maju supaya tidak kecundang di tengah-tengah konsep R&D mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Merdeka @ Parlimen Keluarga Malaysia Tenggara, di Kota Tinggi malam tadi.

Adham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harapan Mosti untuk Belanjawan 2023.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata Mosti turut diminta oleh Kementerian Kewangan untuk menyusun semula strategi bagi memastikannya layak menerima peruntukan yang lebih.

Pada masa sama yakin usaha itu dapat membantu para penyelidik dan pembangun R&D mendapat tempat untuk meneruskan kegiatan dan mengkomersialkan produk sekali gus menembusi pasaran antarabangsa.

Belanjawan dijangka dibentangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 7 Okt.
– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat