Zahid gesa PM adakan PRU tahun ini juga

- Advertisement -

“Kita tidak ada masalah peribadi atau politik dengan PM, asalkan PRU dibuat tahun ini juga”, itu mesej jelas disampaikan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucaptama dalam Pelancaran Jentera Pemuda BN hari ini.

Zahid turut meminta agar Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno itu membawa pulang berita gembira iaitu membubarkan Parlimen sekaligus mengadakan pilihanraya setibanya Perdana Menteri pulang daripada lawatan rasmi ke Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadulkan di New York pada penghujung September ini.

“Saya mempunyai keyakinan ini bahawa beliau akan pergi ke Persidangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, kita doakan beliau pergi dan balik dengan selamat.

“Carilah ilham sebaik baiknya di New York. Selepas balik buatlah apa-apa yang patut untuk kita semua,” katanya.

Zahid turut menegaskan Barisan Nasional bersedia berhadapan pilihan raya umum walaupun di musim tengkujuh.

“Kita sedang menunggu tarikh keramat pembubaran parlimen. Namun kita tahu ada kekangan, Akhir tahun ada banjir, ada hujan lebat, ada monsun Timur laut. Tetapi Kalau PM bubar, masa banjir pun kita sanggup redah banjir untuk berkempen,”

Suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat