Tiara bangga pencapaian anak menang emas sukan Jujitsu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, bangga dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura, hari ini.

Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.

“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.

“Kejayaan ini berlangsung di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.

Tiara berkongsi, kemenangan cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi masih mengikuti latihan dan berusaha keras. - Foto IG Tiara Jacquelina
Tiara berkongsi, kemenangan cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi masih mengikuti latihan dan berusaha keras. – Foto IG Tiara Jacquelina

 

Menurut Tiara, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.

“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.

Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019. – HM Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat